Saturday, July 21, 2012

janji

tarikh keramat itu ,
mengikat sebuah janji 
walau tak pernah bertemu 
walau tak pernah mengenali 

kerana yakinkah agamaku 
kau melangkah datang 
janji ku serahkan 

ku tertunduk malu maluan 
kutersipu dalam senyuman 
dua keluarga duduk berhadapan 
merancan sebuah penyusunan

hari hari pertunangan melewati 
bumi kenyalang kuredahi 
bumi damsyiq kujejaki 
memburu ilmu demi reda ilahi 

terpisah jauh dua hati
lautan dan benua merentangi
tak ternoda dek murka ilahi 
mempertahankan kesucian hakiki 

masa terus memintas kita 
kau berjuang di dunia kerjaya 
diriku berjuang di medan sarjana 
sama bernaung di ibu kota 
namun syariat tetap terpelihara 
ya Allah 
kuatkan kami bermujahadah 
mendambakan cinta-mu yang terindah 
cinta manusia hanyalah wasilah 
menagih rahmat dan maghfirah 
ya Allah 
jangan biarkan iakatn kami dicemari 
dengan maksiat nan keji menterai sebuah janji 


No comments:

Post a Comment